MENGENAI WILAYAHKU : Media Warga Kota merupakan sebuah akhbar mingguan yang dilancarkan pada 4 Januari 2019, sekali gus mencatat sejarah tersendiri dengan penerbitan edisi pertamanya.
Penerbitan ini khusus untuk mempromosi tempat-tempat menarik serta aktiviti di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur selain turut menceritakan isu-isu semasa yang berlaku di sekitarnya.
Selain itu, ia dijadikan suara warga kota dalam mengetengahkan kehidupan, harapan serta keperluan golongan terbabit dari semasa ke semasa sejajar dengan tagline 'media warga kota'.
Fokus utama akhbar ini juga adalah di ruangan WK2 yang berkonsepkan majalah yang mana corak penceritaannya lebih santai dan lebih memaparkan tentang warna-warni kehidupan warga kota seiring dengan pembangunan serta program yang dijalankan agensi berkaitan.
Akhbar yang mengandungi 24 halaman ini diedarkan secara percuma kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan supaya menjadi platform menyampaikan maklumat secara lebih dekat dan telus.