Penyerahan bantuan kepada 120 warga emas, asnaf, OKU


1 Februari 2025 - Penyerahan bantuan kepada 120 warga emas, asnaf, OKU dan para pejuang pendidikan yang uzur dan yang ditimpa masalah kelangsungan hidup serta memerlukan bantuan kecemasan.
Bantuan diserahkan di Bilik Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur dalam “Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun ke 11 Alumni GPMS Kebangsaan” oleh Y.Bhg DatukAzman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. Turut mengiringi beliau ialah Y.Bhg Dr Abdul Basir V.Kunhimohamed, Pengerusi JK Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, YM Dato’ Syed Anuar bin Syed Mohamad, Presiden Alumni GPMS Kebangsaan dan Y.Bhg. Dato' Dr. Hj. Sobri bin Ahmad, Pengerusi Alumni GPMS WIlayah Persekutuan.
Semoga bantuan terkumpul dari para penyumbang, yang diserahkan pada kali ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dan yang dipilih melalui kerjasama dengan pihak Alumni GPMS, Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Comments