Menyemarakkan Semangat Patriotisme dan Kreativiti Belia
Kuala Lumpur – Fiesta Belia Merdeka 2024 akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care, dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).
Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.
Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut.
Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah:
● Fitness Dance Marathon: Tarian kecergasan yang menggabungkan elemen seni dan kesihatan.
● Karnival Kerjaya oleh PERKESO: Peluang bagi belia untuk menjelajah pelbagai peluang kerjaya dan latihan.
● Bike Show - Belia Permotoran: Pameran kenderaan bermotor yang menampilkan kreativiti dan inovasi belia.
● Forum Belia Berisiko: Sesi perbincangan bertajuk "Peluang Kedua" yang akan dikendalikan oleh Izzad Daniel, menekankan pentingnya peluang kedua bagi belia yang memerlukan bimbingan.
● Pertandingan Filem Pendek: Pertandingan video pendek yang menonjolkan kreativiti belia dalam mengutarakan isu-isu berkaitan kemerdekaan dan patriotisme.
● Hari Rock Negara: Program persembahan dari artis-artis veteran musik rock tanahair.
● Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Fiesta Belia Merdeka 2024 juga akan menjadi saksi kepada sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Acara ini akan mengetengahkan kepentingan hubungan diplomatik yang telah terbina antara kedua-dua negara, serta peluang-peluang yang dapat dimanfaatkan oleh belia Malaysia dalam konteks global.
Fiesta ini turut mendapat sokongan penuh daripada tokoh-tokoh pemimpin negara, termasuk Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman bin Hj Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri. Kehadiran mereka bersama pelbagai menteri dan agensi kerajaan akan memperkukuh mesej kesatuan dan perpaduan yang ingin disampaikan melalui acara ini.
Fiesta Belia Merdeka 2024 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan. Dengan kerjasama pelbagai pihak, acara ini diharapkan dapat mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kemerdekaan dan membentuk kepimpinan belia yang berwawasan.
Dikeluarkan oleh: Sekretariat Fiesta Belia Merdeka 2024 Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: Nama: Muhammad Syafiq bin Shaharuddin Telefon: 013-6361365 Emel: mshafiq991@gmail.com
Comments