Majlis Penutup Kem Motivasi Siri 3 bagi Pelajar Sekolah Menengah
15.12.2024 - Tuan Ismadi Shakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini merasmikan Majlis Penutup Kem Motivasi Siri 3 bagi Pelajar Sekolah Menengah.
Program ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai usaha untuk membentuk jati diri serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar.
Majlis penutup tersebut turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Khairil Bin Khalid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datin Ts Dr Ida Harlina Binti Ikhwan Nasir, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT Yayasan Wilayah Persekutuan, Y.Brs. Saudara Khairul Rizam Bin Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, En. Mior Azman Bin Mohamed Ramli, Pengarah Urusan Akademi Profesional Azzahra, dan YBhg. Dato' Mustafa Mohamad, Pengarah Urusan Kem Dusun Akin Resort.
Kem ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, diadakan di Kem Dusun Akin Resort, Kuala Lumpur, dan berjaya menarik penyertaan lebih 200 pelajar dari sekitar Wilayah Persekutuan.
Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang telah mengikuti siri bimbingan motivasi selama tiga hari dua malam sejak 13 Disember 2024, dan akan berakhir pada hari ini. Program seumpama ini dilaksanakan khusus untuk warga Kuala Lumpur bagi membentuk generasi pelapis yang bijak, berdaya tahan, serta mempunyai nilai-nilai kepimpinan, walaupun sejak dari kecil.
Yayasan Wilayah Persekutuan percaya bahawa pendidikan, sama ada secara formal atau tidak formal, adalah salah satu teras utama dalam pembinaan sebuah masyarakat Madani yang adil dan saksama.
Comments