MAJLIS PENUTUP KEM BIJAK BESTARI 2024
Kuala Lumpur, 3 November 2024 – Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kem Bijak Bestari 2024 yang diadakan di Dusun Akin Resort, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan membina jati diri dan kepimpinan dalam kalangan belia Kampong Bharu melalui pelbagai aktiviti fizikal, mental, dan kerohanian.
YBhg. Tuan Mohd Mustafa bin Ghazanfar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, mengucapkan tahniah dan memberi harapan agar memanfaatkan ilmu yang diperoleh melalui kem ini serta mencabar diri sendiri untuk menjadi muslimin dan muslimat lebih baik kepada semua peserta.
Yayasan akan terus akan terus menyokong pembangunan belia yang dinamik dan progresif, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga berakhlak mulia dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.
Comments