Kunjungan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL dan Yayasan Kebajikan Insan ke YWP
14 November 2024 - Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL dan Yayasan Kebajikan Insan pada hari ini hadir ke Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama yang boleh dijalankan bersama-sama Yayasan Wilayah Persekutuan agar tidak berlaku pertindihan program dalam usaha membantu dan menyantuni rakyat Kuala Lumpur.
DBKL diwakili oleh En Muhammad Hasif bin Hussin, Penolong Pengarah Kanan dan Puan Sofea. Manakala Yayasan Kebajikan Insan diwakili oleh Haji Afzal Malik, Ketua Pegawai Eksekutif.
Selain itu, Yayasan Prihatin Nasional, diwakili oleh Haji Amir juga telah menghadirkan diri agar dapat melibatkan diri dalam usahasama yang bakal terjalin ini.
Pelbagai sudut kerjasama dibincangkan bermula dari hal ehwal pendidikan, pembangunan ekonomi, agama dan terknologi.
Semoga kerjasama yang dirancang akan membuahkan kemajuan dan kesejahteraan buat warga Kuala Lumpur.
Comments