top of page
BANNER MYBERAS

LATARBELAKANG KEBAJIKAN

Sejak ditubuhkan pada 1986, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah berjaya menolong pelbagai komuniti yang amat memerlukan, hasil sumbangan dan kemurahan hati para penyumbang individu dan korporat. Berkat sumbangan tersebut, samada banyak atau sedikit, YWP telah dapat menyelamatkan masa depan anak-anak muda dalam bidang pendidikan dan membuat banyak kebajikan buat semua peringkat usia di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, YWP berterima kasih atas bantuan yang diberikan, dan menjamin bahawa sokongan berterusan dari kita semua akan mengubah kehidupan warga WIlayah Persekutuan menjadi lebih baik.

MYBERAS@WILAYAH

Pada kali ini, kita mempunyai peluang untuk membuat perubahan lagi, khususnya bagi membantu mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).!

 

Mari sertai program MyBeras/ MyFood@Wilayah!. 

Klik sahaja link ini: http://yayasanwp.org.my/myberas-penyumbang dan anda boleh memberikan sumbangan secara online, samada berbentuk wang ringgit, beras mahupun jenis makanan yang lain, dan sumbangan akan disampaikan kepada rakyat yang memerlukan. Resit pelepasan cukai juga akan diberikan bagi menghargai setiap sumbangan yang diberikan untuk membantu rakyat di kala PKP ini.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Ruang Soalan Lazim (FAQ) di bawah ini.

FAQ MYBERAS

1) APAKAH ITU “MYBERAS”?

  • MYBERAS adalah sumbangan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.

  • MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.

  • Maklumat lanjut boleh diperolehi di https://www.yayasanwp.org/myberas

2) APAKAH JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN MELALUI PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.

3) APAKAH TUJUAN PROGRAM “MYBERAS” DILAKSANAKAN?

  • Program MYBERAS diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dengan tujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

  • Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang prihatin.

4) SIAPAKAH RAKAN STRATEGIK BAGI PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Rakan Strategik bagi menjayakan Program MYBERAS ini adalah

  • Yayasan Wilayah Persekutuan yang mengurus pembekalan dan sumbangan beras

  • Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

  • Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat.

  • Turut bekerjasama ialah para penderma individu dan syarikat-syarikat swasta yang prihatin dengan kesusahan rakyat.

5) BILAKAH PROGRAM “MYBERAS” INI AKAN DILAKSANAKAN?

  • MYBERAS akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin.

  • Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021, berdasarkan sumbangan beras yang diterima dari orang ramai dan badan korporat yang menyumbang.

6) SIAPAKAH GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT BANTUAN DAN MANFAAT DARIPADA INISIATIF PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif program MYBERAS  ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.

7) SIAPAKAH MPP YANG AKAN MENGURUSKAN SUMBANGAN “MYBERAS” DI SETIAP PARLIMEN?

  • Para MPPWP yang akan menguruskan sumbangan MYBERAS di parlimen masing-masing adalah seperti berikut:-

JADUAL 1 - SENARAI PENGERUSI MPPWP DI SETIAP PARLIMEN

8) BAGAIMANAKAH MPPWP MENGAGIHKAN BEKALAN BERAS KEPADA RAKYAT?

  • Sebagai permulaan program MYBERAS ini, sebanyak 23,000 kampit beras (5KG) diperuntukkan bagi edaran sepanjang bulan Februari 2021.

  • Walaubagaimanapun, bilangan akan bertambah sekiranya mendapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai dan badan korporat.

  • Penyerahan kepada penerima akan dibuat sebanyak 3 kali semingu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

  • Pihak YWP akan mengedar bantuan untuk rakyat melalui para MPPWP, 3 kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan Februari 2021.

9) BAGAIMANA RAKYAT BOLEH MENDAPATKAN BERAS INI DARI PIHAK MPPWP?

  • Rakyat yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing. Sila rujuk Jadual di para No 7.

  • Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan.

  • Rakyat boleh ke lokasi pengagihan yang tercatat di belakang kupon dalam tempohsahlaku kupon.

  • Sekiranya tempohsahlaku tamat, sila berhubung dengan MPP berkaitan.

10) BAGAIMANAKAH INDIVIDU ATAU SYARIKAT KORPORAT BOLEH MENYUMBANG KEPADA RAKYAT MELALUI PROGRAM “MYBERAS”?

  • Bagi orangramai, syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan korporat yang mahu memberi sumbangan wang atau sumbangan beras beserta sumbangan barangan keperluan (makanan kering), mereka boleh melakukannya

  1. melalui “Portal Penyumbang MYBERAS/MYFOOD” iaitu di http://yayasanwp.org.my/myberas-penyumbang.

  2. Melalui portal ini juga, sumbangan wang boleh dibuat secara online banking atau potongan kad debit/ kad kredit.

  3. Setiap sumbangan wang akan diberi resit pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

  4. Resit akan dijana secara elektronik  dan boleh dimuatturun dan dicetak pada bila-bila masa

  • Sumbangan akan disampaikan kepada penerima yang layak/ terpilih

11) ADAKAH RESIT POTONGAN CUKAI AKAN DIBERIKAN BAGI SETIAP SUMBANGAN?

  • Ya. Setiap sumbangan wang akan diberi resit pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

  • Resit akan dijana secara elektronik  dan boleh dimuatturun dan dicetak pada bila-bila masa dari portal http://yayasanwp.org.my/myberas-penyumbang.

12) ADAKAH TRANSAKSI SAYA SELAMAT?

​​

  • Setiap transaksi dijamin selamat oleh Ansi Systems Sdn Bhd (No Syarikat 612355-D)

  • Ia adalah syarikat yang dilantik untuk menguruskan transaksi secara atas talian bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.

  • Ansi Systems Sdn Bhd juga berdaftar dengan Paynet bagi menyediakan produk FPX dan dilantik oleh Bank Islam sebagai Payment Service Agent)

13) APAKAH SOP YANG DILAKSANAKANKAN KETIKA PENGAGIHAN “MYBERAS” INI DIJALANKAN?

SOP semasa pengagihan ialah MPPWP Sub Zon perlu memastikan pusat agihan beras di setiap sub zon dilengkapi:

  • Laluan pandu-lalu keluar dan masuk

  • Buku Pendaftaran/ Kod My Sejahtera

  • Mesin pengimbas suhu

  • Hand Sanitizer

  • Seterusnya, MPPWP Sub Zon perlu memastikan setiap penerima:

    1. Masuk dan keluar mengikut laluan yang telah ditetapkan

    2. Mendaftar diri di dalam buku pendaftaran/kod my sejahtera

    3. Menyukat suhu di mesin pengimbas suhu

    4. Membersihkan tangan menggunakan Hand Sanitizer

bottom of page