Yayasan WP

Garis Panduan Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan YWP PDF Print E-mail

Objektif

  1. Skim yang ditadbir oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga warga Wilayah Persekutuan apabila berlaku kematian. Di bawah skim ini, YWP akan memberi bantuan kepada waris warga Wilayah Persekutuan yang telah mendaftar dengan YWP

Pendaftaran

  1. Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan borang yang ditetapkan dengan yuran pendaftaran yang ditetapkan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui wakil-wakil yang dilantik oleh YWP.
  2. Borang Pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :
    • Pemohon
      • 2 keping gambar berukuran passport.
      • 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.
      • Salinan bil elektrik/air/cukai pintu/astro/lain-lain bil utiliti yang disahkan.
    • Waris
      • 2 keping gambar berukuran passport.
      • 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.

Syarat Kelayakan

  1. Bagi melayakkan seseorang menjadi ahli di bawah skim ini, seseorang itu mestilah:
    • a. Berumur 21 tahun hingga 75 tahun semasa pendaftaran.
      b. Berdaftar sebagai pengundi Wilayah Persekutuan.
      c. Bermastautin/Menetap di Wilayah Persekutuan.
      d. Mengemukakan 2 orang waris.
  2. Hanya waris yang berdaftar layak membuat tuntutan apabila berlaku kematian. Waris tidak tertakluk kepada syarat-syarat a-c di atas.

Tempoh Keahlian

  1. Seseorang itu hanya diiktiraf sebagai ahli skim ini setelah Sijil Keahlian dikeluarkan. Sijil ini sah apabila ditandatangani oleh pegawai YWP dan mempunyai cop mohor YWP. Dengan menjadi ahli Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan ini, ahli dan penama bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh YWP dari masa ke semasa.
  2. Tempoh keahlian pertama ialah selama 3 tahun. Tarikh kuatkuasa keahlian adalah sepertimana yang dicatatkan di dalam Sijil Keahlian.
  3. Setiap ahli hendaklah memperbaharui keahlian mereka dalam masa 3 bulan sebelum tempoh keahlian tamat. Borang memperbaharui keahlian hendaklah sampai dan disahkan penerimaan oleh YWP tidak kurang dari 14 hari dari tarikh tamat tempoh keahlian. Jika pembaharuan keahlian dibuat selepas tempoh keahlian tamat, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan baru.

Hilang Kelayakan

  1. Seseorang ahli itu akan hilang kelayakan apabila :
    • Tidak lagi berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan.
    • Tidak lagi bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.
    • Gagal memperbaharui keahlian setelah tempoh keahlian tamat.

Proses Tuntutan

  1. Hanya salah seorang waris berdaftar sahaja yang boleh membuat tuntutan bagi ahli yang telah meninggal dunia. Waris hendaklah memaklumkan kematian tersebut kepada YWP menerusi wakil yang dilantik dan mengemukakan Borang Tuntutan bersama dokumen-dokumen berikut semasa tuntutan iaitu :
    • Sijil Keahlian.
    • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
    • Salinan Permit Penguburan/Pengebumian; atau Sijil Kematian, yang disahkan.
    • Borang Tuntutan Kematian (sila muat turun borang disini)
  2. Sumbangan akan dibayar hanya kepada seorang waris sahaja (yang membuat tuntutan) daripada senarai dua orang waris yang dinamakan oleh ahli.
  3. Sumbangan berjumlah RM2,500 akan dibayar terus kepada waris berdaftar yang membuat tuntutan tersebut, dalam tempoh 24 jam selepas menerima Borang Tuntutan yang sempurna.

Pindaan Kepada Terma dan Syarat

  1. YWP berhak membuat pindaan kepada tatacara dan syarat Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan dari masa ke semasa.
 
Anda Di Sini  : Utama